Selasa, 1 April 2014




Pulanglah Wahai Burung Besi


Kau terbang umpama sang burung riang,
Melintasi langit tinggi pekat membiru,
Kemana engkau pergi menghilang oh sayang,
Tidakkah engkau tahu kami teramat rindu.


Ya Allah seandainya ini sebahagian daripada ujian Mu,
Akan kami cuba menerima dengan hati yang redha,
Sekiranya kami punya rezeki izinkanlah kami kembali bertemu,
Insya-Allah walau apa pun yang terjadi akan kami terima.


Di manakah agaknya engkau berada kini,
Jangan biarkan kami lama menanti,
Kemari datanglah segera kepada kami,

Tidak ingatkah engkau akan kami semua yang setia di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan